background

Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

Zikir Pagi - Petang - Al Mathurat Wazifah Sughra

Kesian blog sy ni..dh lama dibiarkan menyepi tanpa pengisian. Bizi sgt sebelum ni. Bzi jd lecturer politeknik jap. Bukan senag nk jd lecturer ni..malam2 kna stdy supaya berkeyakinan nak mengajar kat depan. Maklumla dah lama tinggal benda yang nk ngajar..byk yang dah lupa.Alhamdulillah..skang dh hbs Latihan Mengajar utk kali ini. Ada lagi sekali..lps tu hbs.yeyayy..x sbr.tp sebelum tu kna hbskan semester akhir ni dgn jayanya...cri ilmu dunia dan akhirat.
Dah lama tak update blog ni jd malam ni rasa nk share something dgn kawan kt luar sana. Apa yang dibuat ni sbnrnya utk kegunaan sendiri cuma dpt la sy dikongsikan supaya berguna kepada yang berminat.


Bila dgr video kt atas ni berkali2..rasa terpanggil untuk mencetaknya supaya senang utk sy baca. Jadi saya cari ayat2nya, edit dan print. Saya muatkan dlm blog saya supaya sesiapa yg berminat boleh la print picture2 ni untuk memudahkan kita sama2 mengamalkannya.








Maaf kalau pening.hehe. saya upload satu2 picture sbb sy print sebenarnya..jadi mudah utk saya baca...satu2 picture tu ada dua columns..hope boleh la faham..hehe

Wednesday, 28 December 2011

Mencermin diri

           Kembali mencoret kata setelah lama membiarkan blog ini kesunyiaan. Kesibukan dalam menjalani tanggungjawab sebagai pelajar hanya membenarkan aku menjenguk blog ini tanpa berbicara. Saat ini hati semakin resah..kerinduan untuk meluah rasa pada ruangan yang umpama teman baru ku ini semakin membuak2.
           Sepanjang ketiadaan aku, aku bahagia bersama kawan-kawan.. masa yang berlalu terasa begitu pantas berlari..ditambah lagi dengan tugasan-tugasan yang terpaksa disiapkan. Setiap saat diisi dengan membuat tugasan. Walaupun penat dengan kerja yang perlu disiapkan..aku masih tenang kerana fikiran ketika itu boleh tertumpu pada satu perkara sahaja. Mengadapnya dari pagi sampai lewat malam. Tiada ruang untuk memikirkan perkara-perkara lain. Tiada masa untuk mengangan-angankan kehendak dunia..paling suka bila tiada luang yang boleh mengundang rasa sedih..tiada masa untuk mengenang sesuatu yang tak perlu. 
              Terasa gembira…wajah mampu tersenyum girang..mereka yang memandang pasti boleh menumpang suka..TETAPI.. kebahagiaan itu terasa bagai sebuah kepalsuan. Jiwaku sekali lagi terasa kosong..terasa jauh dari Mu seperti waktu-waktu aku berjalan di bumi-MU tetapi seolah-olah tidak berpijak di bumi..hanyut berterbangan bersama angan-anganku. Ya ALLAH…sebenarnya kerisauan yang melanda di hatiku. Kesibukan dan kegembiraanku menjadikan aku seolah-olah tidak cukup masa untuk mendekatkan diri dengan penciptaku. Betul…kesibukan boleh membuatkan aku lupa perkara yang x patut aku ingat..tetapi kesibukan itu juga boleh membawaku dalam kelekaan mendekati penciptaku. Hati ini mudah sangat berubah…seolah-olah hanya berpaut pada lalang yang mudah beralih arah mengikut arah angin yang bertiup di sekelilingnya.
Resahnya aku bila hidayah-MU manjauh dariku.
Gelisahnya aku bila rahmat-MU tidak memayungkan aku.
Mungkian aku yang terasa begitu kerana kelekaanku sedangkan hidayah dan  rahmat itu sentiasa ada. Ampunkanlah aku...
            Memang kegembiraan yang aku inginkan..tetapi jika kegembiraan itu boleh menjauhkan aku dari MU. Biarlah aku hidup dalam kesederhanaan yang boleh membuatkan aku dekat dengan MU. Hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untukku.
             
Alhamdulillah…sekarang kesibukanku berlalu untuk seketika. Walaubagaimanapun, lumrah kehidupan..kesibukan itu pasti akan berkunjung lagi. Aku risau kesibukan itu membuatkan aku leka lagi. Adakah yang mampu membantuku untuk menghadapinya tanpa menjauhkan rasa nikmatku beribadat kepada penciptaku. Istiqamah di jalan Allah untuk meraih kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat adalah dambaan setiap kita. Untuk meraihnya..ada satu doa yang boleh kita panjatkan kepada Allah iaitu:

Monday, 28 November 2011

UBAT HATI....

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara" maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.:

Pertama    bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua       mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 

Ketiga       bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam 

Kelima      sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh.

Thursday, 3 November 2011

Solat Dhuha

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :     
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )





Kepada ana dan pelajar-pelajar semua..jom kita gunakan masa yg terluang ini utk memperbanyakkan amal. Sebagai pelajar kita rasanya lebih banyak kesempatan dan masa untuk mengerjakan solat sunat dhuha ini jika dibandingkan dengan mereka yang telah bekerja. Akan ada hari2 kuliah kita yg hanya di sebelah petang shj. Ataupun pd hari2 minggu..kita byk masa yg terluang. Sebelum ni..ana pun lalai..mls nk buat solat dhuha ni. Jarang sgt2 lah...sbulan tak  sekali pun kot. Sekarang Alhamdulillah ana rs rajin sikit..jd ana postkan psl dhuha ni sbb ana nk hafal doa solat dhuha ni..sambil tu ana share la dgn kawan2..sapa yg terbaca ni.semoga diberi keberkatanNYA.

Wednesday, 2 November 2011

JOMMM Dengar usrah secara online

Alhamdulillah....mlm ni saya di beri kesempatan olehNYA utk mengikuti program E-usrah ini iaitu usrah secara online. Syukur kpd-MU Ya ALLAH kerana memilih dan memberi kesenangan kpd aku menyertai program ini. Tajuk yg dibincangkan pada mlm ini ialah "Bagaimana Akidah Memandu Kehidupan". AKIDAH secara ringkasnya membawa maksud YAKIN...yakni keyakinan yang tersimpul erat dalam dalam jiwa spt yakin ALLAH itu ada..ALLAH MAHA ESA...DIA lah yang menciptakan kita. WAHYU dan AKAL adalah bukti kebijaksanaan ALLAH. Dengan akal wahyu di fahami dan dengan WAHYU akal menjadi lurus..membawa kita ke jalan yang benar yg diredhai-NYA. Saya sebenarnya ingin berkongsi info ini dan mengajak sesiapa sj yg terbaca post ini utk bersama-sama join program yg di anjurkan. Kita gunakan kemudahan internet dan facebook yg sgt glamour pd hari utk mencari kebaikan.Di bawah ini adalah link dan sedikit info yang membawa anda ke program E-usrah tersebut.

Tanpa menafikan usrah.E-usrah hadir sebagai alternatif baru bagi yang tidak berkesempatan hadir ke usrah.Secara mudahnya, usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud ”keluarga”. Kamus Dewan menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.E-usrah dibangunkan atas rasa terpanggil untuk kita bersama mengisi ruang kosong dalam teknologi dengan perkara kebaikan.Doakan untuk satu hari nanti kita mampu berusrah dengan kuliah secara rakaman mahupun online,bernotakan peta minda,berdepan dengan monitor,mendengar dengan headphone dan yang sama waktu dengannya.Dunia sudah mengiktiraf jual beli dalam talian dan ijazah secara e-learning maka di e-usrah kami menuju ke arah itu atas semangat "Mengepung Dunia Dengan Kebaikan".

Friday, 28 October 2011

Today=1 dhulhijjah 1432H. Cerita ttngya

1hb Zulhijjah- 
Allah mengampuni Nabi Adam 'Alaihis salam.
*Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.

2hb Zulhijjah- 

Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus 'Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.

3hb Zulhijjah-

Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah 'Alaihis salam.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.

4hb Zulhijjah- 

Nabi Isa 'Alaihis salam dilahirkan.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.

5hb Zulhijjah- 

Nabi Musa 'Alaihis salam dilahirkan.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.

6hb Zulhijjah-

Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.

7hb Zulhijjah-

Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.

8hb Zulhijjah- 

Hari Tarwiyah.
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.

9hb Zulhijjah- 

Hari Arafah
*Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni'matku kepadamu".

10hb Zulhijjah- 

Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini.
*Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.

10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah - Hari-hari yang diharamkan berpuasa

Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram

Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun". Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:"Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya".

Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:"Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: "Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini"

Saturday, 15 October 2011

Potong KUKU ada harinya..

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu:           keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


Hari Ahad            Keluar kekayaan masuk kemiskinan


Hari Isnin:            keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa:          keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu:           keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis:       keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit


Hari Jumaat:        keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Thursday, 13 October 2011

"Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.

Alhamdulillah..malam jumaat yang penuh keberkatan ni ana berkesempatan meluangkan masa untuk membaca Yasin. Ya ALLAH..teruslah berikan kekuatan kepada diriku ini. Janganlah KAU bolak-bailkkan hatiku setelah KAU berikan aku hidayah.

 Malam ni ana tertarik untuk berkongsi satu ayat dari surah Yassin ni. Ayat 82. Semoga ianya dapat memberikan kesedaran kepada kita bahawa DIA lah yang Maha Berkuasa ke atas diri kita.


Sesungguhnya urusanNYA apabila DIA Mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya," Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu


KEBERKATAN YAASIN (DR FATMA EL ZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca
dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 11 - Hancur
*Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah yang dapatmenghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?
Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan
Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala.
79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 - Untuk Hajat
Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x)
Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.