background

Wednesday, 28 December 2011

Mencermin diri

           Kembali mencoret kata setelah lama membiarkan blog ini kesunyiaan. Kesibukan dalam menjalani tanggungjawab sebagai pelajar hanya membenarkan aku menjenguk blog ini tanpa berbicara. Saat ini hati semakin resah..kerinduan untuk meluah rasa pada ruangan yang umpama teman baru ku ini semakin membuak2.
           Sepanjang ketiadaan aku, aku bahagia bersama kawan-kawan.. masa yang berlalu terasa begitu pantas berlari..ditambah lagi dengan tugasan-tugasan yang terpaksa disiapkan. Setiap saat diisi dengan membuat tugasan. Walaupun penat dengan kerja yang perlu disiapkan..aku masih tenang kerana fikiran ketika itu boleh tertumpu pada satu perkara sahaja. Mengadapnya dari pagi sampai lewat malam. Tiada ruang untuk memikirkan perkara-perkara lain. Tiada masa untuk mengangan-angankan kehendak dunia..paling suka bila tiada luang yang boleh mengundang rasa sedih..tiada masa untuk mengenang sesuatu yang tak perlu. 
              Terasa gembira…wajah mampu tersenyum girang..mereka yang memandang pasti boleh menumpang suka..TETAPI.. kebahagiaan itu terasa bagai sebuah kepalsuan. Jiwaku sekali lagi terasa kosong..terasa jauh dari Mu seperti waktu-waktu aku berjalan di bumi-MU tetapi seolah-olah tidak berpijak di bumi..hanyut berterbangan bersama angan-anganku. Ya ALLAH…sebenarnya kerisauan yang melanda di hatiku. Kesibukan dan kegembiraanku menjadikan aku seolah-olah tidak cukup masa untuk mendekatkan diri dengan penciptaku. Betul…kesibukan boleh membuatkan aku lupa perkara yang x patut aku ingat..tetapi kesibukan itu juga boleh membawaku dalam kelekaan mendekati penciptaku. Hati ini mudah sangat berubah…seolah-olah hanya berpaut pada lalang yang mudah beralih arah mengikut arah angin yang bertiup di sekelilingnya.
Resahnya aku bila hidayah-MU manjauh dariku.
Gelisahnya aku bila rahmat-MU tidak memayungkan aku.
Mungkian aku yang terasa begitu kerana kelekaanku sedangkan hidayah dan  rahmat itu sentiasa ada. Ampunkanlah aku...
            Memang kegembiraan yang aku inginkan..tetapi jika kegembiraan itu boleh menjauhkan aku dari MU. Biarlah aku hidup dalam kesederhanaan yang boleh membuatkan aku dekat dengan MU. Hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untukku.
             
Alhamdulillah…sekarang kesibukanku berlalu untuk seketika. Walaubagaimanapun, lumrah kehidupan..kesibukan itu pasti akan berkunjung lagi. Aku risau kesibukan itu membuatkan aku leka lagi. Adakah yang mampu membantuku untuk menghadapinya tanpa menjauhkan rasa nikmatku beribadat kepada penciptaku. Istiqamah di jalan Allah untuk meraih kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat adalah dambaan setiap kita. Untuk meraihnya..ada satu doa yang boleh kita panjatkan kepada Allah iaitu:

2 comments:

  1. tabahkan hatimu..smua nie dugaan..kkdg hidup kita sunyi,,kkdg hidup kita dipenuhi dengan gelak tawa..smua tu hanya pinjaman dan ujian darinya..Allah hanya mahu melihat bagaimana kita berbalik kepadaNya..atau tidak, di saat itu..walau bagaimana pn keadaan kita skrg, hanya Allah tempat kita mengadu.. mu, dgn masalah mu..aku dgn cara masalah aku..walaupun semua disisi, tapi hati tetap kosong..itu semua hanya ujian Allah..bersabarlah dalam menghadapi semuanya dan mohonlah kepadanya..hanya Allah jua lah tempat kita mengadu..

    mek, tu doa utk gapo?

    ReplyDelete
  2. terima kasih ma..doa tu..aku mencari sbnrnya..mencari senjata utk aku berperang melawan dugaan duniawi. Doa ni boleh kita panjatkan utk mohon pertolongan dari ALLAH swt supaya ditetapkan hati kita hanya di atas jalanNYA. Sesuai utk aku yg kekurangan ni. Hati atau Qalb dalam bahasa Arab, berasal dari kata ‘qalaba-yaqlibu-qalb’ yang berarti: berputar, naik turun keatas dan kebawah, kedalam dan keluar, kedepan dan kebelakang. Dari maksudnya terbukti doh yang hati kita mmg tidak 'tetap'. Betul la bg aku, laksana lalang di antara hembusan angin, akan terus berbolak-balik, kecuali jika Allah menguatkannya. Semua itu ada manfaat atau hikmah tersendiri. Kehendak jiwa muda ni susah aku nk tempis sebenarnya..lagho.hehe. Bila tahu hati adalah sepenuhnya dalam kekuasaan Allah. Jadi bertatihlah aku ni nak menuju Sang Pemilik Hati. Berangan menginginkan hati yang digelar qalbun salim.

    mu ada prob ke? leh PM aku wei kalo rasa nk share deh.

    ReplyDelete