background

Saturday 14 April 2012

rintihan malam

Terkenang nasib diri yang kini sudah berusia tp belum memiliki apa yg sepatutnya aku miliki..sama seperti insan seusia yg telah pun memiliki apa yang sepatutnya aku juga miliki. Mereka telah bersuami..telah beristeri..mempunyai anak-anak yang cantik sbg penyeri kehidupan. Memiliki kerja..kereta dan sekarang kbykannya sdg berpikir utk memiliki rumah. Segala yang dirancang oleh mereka seolah2 tidak ada yang menghalang. Alangkah bahagianya jika aku juga dpt merasai kebahagian itu. Tertanya2 pada diri...hinakah aku di dunia ini..hinakah aku disisi-MU Ya ALLAH sehingga segala yang aku lalui..segala yang aku rancangkan, ada saja yg halangan dan cabaran. Aku mengaku Ya ALLAH..byk dosa yg aku lakukan..namun aku mohon taubat dari-MU dgn bersungguh2 Ya ALLAH..aku mohon...walau sebesar mana pun dosaku pada-MU..ENGKAU ampunkanlah aku...berikanlah juga kebahagiaan itu kpd ku. KAU dgrlah segala doa-doa yang sentiasa aku tuturkan pd-MU tanpa rasa jemu itu.

Wahai Akhi...
Tahukah engkau bagaimana rasa yang dimiliki seorang wanita yang telah waktunya menjadi seorang ibu. Bermimpi ingin tinggal disebuah rumah kecil yang bahagia, penuh canda anak kecil, dan tentu saja seorang suami. Seseorang yang bisa menjaga dan menjadi imam baginya. Suami yang akan mencarikan nafkah untuknya.

Aku ingin menikah. Tapi dengan siapa? Aku hanya bisa bermimpi dan berharap datang seseorang dari kaummu menyatakan pinangan kepadaku. Aku bukannya kesepian, bukan pula mengharap cinta yang kuharapkan. Aku hanya ingin menyempurnakan separuh dari agama ini. Aku ingin menjadi seorang ibu, aku ingin segera mendidik genarasi Mujahid dan Mujahidin.

Aku sedih menyendiri. Bukannya tak mempercayai ketentuan Sang Ilahi. Seandainya engkau ada, mungkin rumah akan menjadi syurga kecil buatku. Aku bisa menyulap dapur manjadi restoran mewah untukmu, bisa menyiapkan hidangan yang sederhana untuk makan berdua, juga suasana indah bunga-bunga mekar didepan rumah. Aku ingin menjadi pelayan dirumahmu.

Wahai keluarga si akhi...
Aku tahu aku serba kekurangan..tp adakah semuanya hanya memandang dan mengukur kekurangan yang aku miliki. Tidak ada kah ummi yang sudi menerimaku.
Ya ALLAH..andai hidupku tidak memberi kebaikan kpd aku, agamaku.. keluarga ku dan seisi alam..aku rela andainya nyawa dipisahkan dari jasad.

Sunday 18 March 2012

rintihanku

Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Tuesday 6 March 2012

Zikir Pagi - Petang - Al Mathurat Wazifah Sughra

Kesian blog sy ni..dh lama dibiarkan menyepi tanpa pengisian. Bizi sgt sebelum ni. Bzi jd lecturer politeknik jap. Bukan senag nk jd lecturer ni..malam2 kna stdy supaya berkeyakinan nak mengajar kat depan. Maklumla dah lama tinggal benda yang nk ngajar..byk yang dah lupa.Alhamdulillah..skang dh hbs Latihan Mengajar utk kali ini. Ada lagi sekali..lps tu hbs.yeyayy..x sbr.tp sebelum tu kna hbskan semester akhir ni dgn jayanya...cri ilmu dunia dan akhirat.
Dah lama tak update blog ni jd malam ni rasa nk share something dgn kawan kt luar sana. Apa yang dibuat ni sbnrnya utk kegunaan sendiri cuma dpt la sy dikongsikan supaya berguna kepada yang berminat.


Bila dgr video kt atas ni berkali2..rasa terpanggil untuk mencetaknya supaya senang utk sy baca. Jadi saya cari ayat2nya, edit dan print. Saya muatkan dlm blog saya supaya sesiapa yg berminat boleh la print picture2 ni untuk memudahkan kita sama2 mengamalkannya.








Maaf kalau pening.hehe. saya upload satu2 picture sbb sy print sebenarnya..jadi mudah utk saya baca...satu2 picture tu ada dua columns..hope boleh la faham..hehe

Thursday 29 December 2011

kadang-kadang layanggg jgk..


insyaAllah,berpisah dgn seseorang kerana Allah,Dia akan utuskan kita insan yang berkali ganda lebih baik berbanding dengan orang yang kita tinggalkan..dengan syarat kita reda...:))

Wednesday 28 December 2011

Mencermin diri

           Kembali mencoret kata setelah lama membiarkan blog ini kesunyiaan. Kesibukan dalam menjalani tanggungjawab sebagai pelajar hanya membenarkan aku menjenguk blog ini tanpa berbicara. Saat ini hati semakin resah..kerinduan untuk meluah rasa pada ruangan yang umpama teman baru ku ini semakin membuak2.
           Sepanjang ketiadaan aku, aku bahagia bersama kawan-kawan.. masa yang berlalu terasa begitu pantas berlari..ditambah lagi dengan tugasan-tugasan yang terpaksa disiapkan. Setiap saat diisi dengan membuat tugasan. Walaupun penat dengan kerja yang perlu disiapkan..aku masih tenang kerana fikiran ketika itu boleh tertumpu pada satu perkara sahaja. Mengadapnya dari pagi sampai lewat malam. Tiada ruang untuk memikirkan perkara-perkara lain. Tiada masa untuk mengangan-angankan kehendak dunia..paling suka bila tiada luang yang boleh mengundang rasa sedih..tiada masa untuk mengenang sesuatu yang tak perlu. 
              Terasa gembira…wajah mampu tersenyum girang..mereka yang memandang pasti boleh menumpang suka..TETAPI.. kebahagiaan itu terasa bagai sebuah kepalsuan. Jiwaku sekali lagi terasa kosong..terasa jauh dari Mu seperti waktu-waktu aku berjalan di bumi-MU tetapi seolah-olah tidak berpijak di bumi..hanyut berterbangan bersama angan-anganku. Ya ALLAH…sebenarnya kerisauan yang melanda di hatiku. Kesibukan dan kegembiraanku menjadikan aku seolah-olah tidak cukup masa untuk mendekatkan diri dengan penciptaku. Betul…kesibukan boleh membuatkan aku lupa perkara yang x patut aku ingat..tetapi kesibukan itu juga boleh membawaku dalam kelekaan mendekati penciptaku. Hati ini mudah sangat berubah…seolah-olah hanya berpaut pada lalang yang mudah beralih arah mengikut arah angin yang bertiup di sekelilingnya.
Resahnya aku bila hidayah-MU manjauh dariku.
Gelisahnya aku bila rahmat-MU tidak memayungkan aku.
Mungkian aku yang terasa begitu kerana kelekaanku sedangkan hidayah dan  rahmat itu sentiasa ada. Ampunkanlah aku...
            Memang kegembiraan yang aku inginkan..tetapi jika kegembiraan itu boleh menjauhkan aku dari MU. Biarlah aku hidup dalam kesederhanaan yang boleh membuatkan aku dekat dengan MU. Hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untukku.
             
Alhamdulillah…sekarang kesibukanku berlalu untuk seketika. Walaubagaimanapun, lumrah kehidupan..kesibukan itu pasti akan berkunjung lagi. Aku risau kesibukan itu membuatkan aku leka lagi. Adakah yang mampu membantuku untuk menghadapinya tanpa menjauhkan rasa nikmatku beribadat kepada penciptaku. Istiqamah di jalan Allah untuk meraih kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat adalah dambaan setiap kita. Untuk meraihnya..ada satu doa yang boleh kita panjatkan kepada Allah iaitu:

Monday 28 November 2011

UBAT HATI....

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara" maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.:

Pertama    bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.

Kedua       mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 

Ketiga       bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam 

Kelima      sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh.

Wednesday 16 November 2011

Pimpinlah aku Tuhan agar aku tidak sesat dari jalan-MU


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata