background

Showing posts with label cerita persinggahan. Show all posts
Showing posts with label cerita persinggahan. Show all posts

Thursday, 29 December 2011

kadang-kadang layanggg jgk..


insyaAllah,berpisah dgn seseorang kerana Allah,Dia akan utuskan kita insan yang berkali ganda lebih baik berbanding dengan orang yang kita tinggalkan..dengan syarat kita reda...:))

Wednesday, 26 October 2011

crita edit blog

Hr ni cuti deepavali. Saya gunakan hari ni utk tenangkan minda,rehatkan badan dan sucikan hati.(hehe....konon). Lunch td pegi Batu Pahat, join kwn2 kelas makan Nasi Bariyani Md Shah. Seronok dpt luang masa ngn kawan2. Lepas balik makan,saya mulakan projek mengedit blog. Nak bg cantik sikit dari yg asal. Tujuannya supaya tidak bosan utk meng 'update'nya dengan ilmu2 yang bermanfaat. InsyaALLAH. Semoga blog ni dpt jd teman terbaik saya. Hari ni saya GEMBIRAAA....syukur pada-MU kerna memberikan aku nikmat ini.

Tuesday, 11 October 2011

1 hari 1 ilmu..

Pengalaman membuatkan saya berubah..kekecewaan lebih mematangkan fikiran..penghinaan menguji erti kesabaran..kesalahan membuatkan saya lebih berhati-hati untuk menghadapi hari yang akan datang..disisihkan membuatkan saya sedar akan kekurangan..keikhlasan membantu saya meneruskan perjuangan. Kenikmatan mencintai MU menarik minatku untuk lebih berusaha. Alhamdulillah..setelah di beri dugaan saya masih di beri kekuatan.

"1  Hari 1 Ilmu"

Sungguh  mudah utk kita faham. InsyaALLAH..Alhamdulillah..saya di beri hidayah dan tertarik dengan ungkapan ini. Saya cuba semat dan tekad dalam diri saya supaya dalam 1 hari tu saya akan dapat satu ilmu yang baru..yang boleh saya faham..saya ingat dan saya amal. Saya percaya bermula dari 1 ini lah saya boleh menambahkan ilmu saya. Pada saya yang baru hendak mendalami ilmu2 agama ini..1..sedikit..kecil..semua itu tidak perlu dikisahkan asalkan saya faham dan amalkan apa yang sy tahu.
Sebelum terlambat..Jom kita mencari ilmu dan beramal togede-togede....

HIDAYAH bukan untuk ditunggu tetapi DICARI.

Saturday, 8 October 2011

Alhamdulillah..

      Syukur padaMU Ya ALLAH..aku dah semakin tenang menerima ketentuanMu. Ampunkan segala dosa-dosa ku yang pernah aku lakukan samada dalam sedar ataupun tidak. Tanpa bantuan dari Mu tak mungkin aku boleh hadapi semua ini. Aku mohon, ENGKAU teruskanlah bantuanMU kpd ku kerna aku hanya insan lemah yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan dariMU. Saat ini aku serahkan jodohku pada ketentuanMu..ku tahu hanya KAU lah yang mengetahui apa yang terbaik utkku. Engkaulah yang Maha Pemurah, kurniakanlah aku yang lebih baik..yang terbaik utkku,agamaku dan keluargaku.

Ku akui kelemahan diri 
Ku insafi kekurangan ini 
Ku kesali kejahilan ini 
Terimalah Taubatku ini

Friday, 30 September 2011

IT'S NOT THE END OF THE WORLD,BUT IT'S THE NEW BEGINING..
I MUST BE STRONG AND GO ON MY LIFE WITHOUT HIM BY MY SIDE

Tuesday, 27 September 2011

what am i doing if sad..frust..

Sewaktu mencari2 ketenangan dan kekuatan dengan mendengar ceramah2, membaca pengalaman-pengalaman org lain..aku juga mencari doa2 yang pelbagai untuk membantu aku. Aku percaya dengan memohon pertolongan dariNYA..aku dapat melalui hari2 yang mendatang dengan hati yang tabah. Aku byk membaca di laman web supaya aku semakin pasrah dan redha. Ini adalah doa yang paling mudah utk di amalkan sewaktu kita merasa sedih. Dalam melalui saat-saat sedih ketika ini..aku byk membaca doa ini berkali2 di samping doa2 lain. Alhamdulillah...hatiku semakin tenang. Aku 3ma keputusan mereka.Aku tahu aku bukanlah manusia yang sempurna.

sekeping nota dari sahabat..

Tengah hari td bila dh siap mandi basuh baju. Aku membuka beg ke kuliah ku..tiba2 pandangan mataku tertumpu kepada sekeping kertas bertulisan hitam dan satu bentuk love berwarna pink. seingat aku, aku tidak pernah melukis bentuk itu di kertas sejak akhir2 ini.Maklum la hati sekarang tidak lg dihiasi dengan love2..yang ada hanya rasa sedih dan kecewa.Tertulis perkataan 'you're beautiful'..jantung berdegup.x mungkin ada yang ingin memikat aku di usia begini.tambah lagi di dalam kelasku tidak ada lelaki. Hati terdetik..mungkin ini dari kawan2 yg cuba cuba memberi semangat kpd aku yg sedang frust dan pasrah menerima hakikat kehidupan ini. Tertanya2 di fikiran..siapakah pengirimnya..bilakah dia meletakkan surat ini dalam beg aku. Aku buka lipatan surat itu perlahan-lahan..penuh dengan tulisan dan ada juga gmbr. Aku tgk dari atas sampai ke bawah..dan kini aku tahu siapa pengirimnya.3ma kasih sgt2 kpd sahabatku ida..kau cuba membangkitkan semangat ku. Kau tulis kata2 semangat yg boleh bt aku berfikir. Ia btul2 membuatkan aku terharu sehingga aku menitiskan air mata.Ku selitkan ia di dalam blog ini supaya aku sentiasa mengingati susah payah aku utk bangkit dari perasaan kecewa.

Saturday, 24 September 2011

cinta duniaku

Segalanya telah berkahir. Apa yg kami impikan tidak akan menjadi realiti.Niat suci kami tidak dapat di lihat oleh keluarganya. Kami terpaksa pasrah dgn kehendak mereka..restu ibu amat penting utk seorang anak melalui2 liku2 hidup berumahtangga. tanpa restunya kami tidak mungkin bahagia..
    
Kerna kau seorang ibu...aku hormati keputusanmu..aku lepaskan anakmu walau tanpa kerelaan..
Untuk si dia..3ma kasih kerana pernah membahagiakan diri ini. Walaupun sedih dgn perpisahan ini tp saya akur. Saya tahu..awk lakukan semua ni bukan kerna kemahuan sendiri..awk anak yg baik,adik yang patuh pada kakak dan abang yang sayang pada adik-adik. Demi mereka awk korabankan kehendak dan kebahagiaan yang bertahun-tahun awk bina.

     "suriana..ketahuilah ssgghnya familyku bknlah membenci atau ingin mghina dirimu.tapi ini adalah hasrat seorang ibu,kakak,adik2 utk melihat anknya,adiknya dan abgnya mndpt calon isteri yang lebih baik. b terpaksa akur demi kebahagiaan,kesejahteraan fmly b.lumrah cinta bercinta mmg sgt indah tika dpt bersama sebaliknya sgt pedih bila terpaks berpisah.tp itulah hakikatnya.kuatkanlah imanmu.jgn kerna seorang lelaki kamu lupa siapa dirimu,siapa ibu bapamu,siapa Tuhanmua.Syglah mereka lebih dr ayg sygkan b"

 "b pun sdih syg. tp b nk mintak maaf sgt2.b x dpt penuhi niat suci ayg.b terpaksa akur dgn fmly.tp ketahuilah b meme xkan mudah untuk melupakan ayg.ayg jgn la kol.b malu nk kecek nge ayg.."


"B berusaha dh yg..bkn b x berusaha"

"B selama kita gewe b meme ikhlas sygkan ayg.hati b pun hancur yg. tp fmly b segala2nya"

Sedih dan kecewa hanya awak dan saya yang memahami..Semoga semua ini membuatkan kita lebih mendekatiNYA..lebih redha dengan ketentuanNYA. Walaupun rasa terkilan diperlakukan sebegini tapi saya tidak sedikit pun berdendam dengan keluargamu. Semoga suatu hari nanti ALLAH memberi hidayah dan pengertian kpd mereka agar mereka tahu yang hadirnya aku bukan untuk merosakkan silaturrahim keluargamu.

Wednesday, 21 September 2011

kisah cintaku bersambung di sini

hari ini 22/9/2011..aku terpaksa membuat satu keputusan yg aku sebenarnya tidak sggp menghadapinya. Akhirnya aku terpaksa menarik diri agar tiada pihak yang terluka..aku dan kekasih hati ku akhirnya terpisah jua. Apapun terjadi aku sgt mengaguminya dan aku sgt mencintainya..dia mengajarku erti kebahagiaan..erti kesetiaan..dia cukup baik dgn ku..aku bertuah kerana pernah dicintainya. I LOVE U B..semoga kebahagiaan yang kita korbankan ini dapat membahagiakan orang lain.

Wednesday, 22 June 2011

fuhhh..berpeluh2 kt cc

aku ni mmg dh tua kot..lama sikit aku x update blog ni aku dh lupa iD ngn pswd sekali.
hmm lama x update dan x dpt nk meluah sbb aku x byr broadband.haha..

akhirnya leh gak masuk..kna rjn dtg cc la pasni..hilang gak bosan kt umah..hehe..tp hbs duit:(

k lah chauu dulu...

Sunday, 5 June 2011

cuti panjang

cite psl cuti pnjang la pulak. kita ni bila time belajar nk sgt cuti boleh duk umah rilek2..tp bila dh cuit panjang panjang mcm ni, mula la rs bosan tahap cipan.hehe cipan nah! cuti sem kali ni panjang sggh,sggh2..xpernah aku rs cuti sem slama ini..start 10mei sampai la lps raya (tgh bulan 9).
kalo ada lubang nk di gali n then kluor duit xpela..ni aku dh dkt sbulan dh duk makan tdo bgn..tp x gemuk2 gak..hmmm dulu gmuk nk kurus, skang kurus duk sebuk nk gemuk lak. lumrah manusia mmg x pernah puas dgn apa yang dimiliki.
nk merantau p cri kerja rs syg nk tinggal umah. kalo duk umah mlm2 leh la sembang2 wif my mama n abah..dgr crita kt tempat kerja diorng, tgk tv sm2 makan satu meja..peluang ni yg aku syg nk tggl ni. yela time blom kawin ni la nk tdo sebantal..'nyeneh' ngn ma..bila dh kawin mst la dh xde pluang..nak2 dpt lak laki yg suka berkepit..ahaksss..koyaaa ntah sapa la yg nk kawin ngn aku. yg ada pun dpt tentangan dr keluarga.hmm
xpelah.aku sabar je la. dulu..ada jodoh x kemana.
cuti masih lg ada lbh kurang 3 bulan. kalo dpt kerja 2 bulan pun xpe dh sbb lg sebulan tu dh masuk bulan puasa...lepas byr duit sewa umah pun ok dah..
semalam p tanya kerja kt sbuah restauran terkenal yg baru wujud kt KB..memang tgh MELETOP LETOP....blk interview igt kan mmg dh kompen dpt,  mintak duit ngn abah rm30 nk bli kasut..tp blk2 umah mlm tu dpt tau bos x nak amik pekerja perempuan bt ms skarang..tunggu lps cuti sekolah..:-( mana nk cari duit ni..kalo stakat kerja kt kdai2 biasa tu ada tp gaji rm300 thnya cukup utk belanja minyak kereta, makan,topup..time kerja lak..10pg-10mlm. xberbaloi...
xpelah..sakrang ni duk umah dulu, blajar masak..harap2 minggu depan dpt la kerja kt restorennnn tu..amin..

Saturday, 4 June 2011

bilakah akhirnya..

Tanpa dirancang kita dipertemukan
di tempat yang agak baik di sebuah IPTA
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga kerana pertemuan ini jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!
Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang
Bonda dan juga sanak saudara
kami ikhlas memohon restu
kenapa dihalangi niat yang suci
kami juga ingin menuju keredhaan Ilahi
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara
Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan
Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…
Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi ia juga belum tentu sempurna dan bahagia
bila satu jiwa sedang merana
Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu
Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

kusut

di kala org len gembira meraikan hr penyatuan antara si dara dan si teruna..aku hanya mmpu menahan sebak di dada memikirkan cinta yg terhalang oleh org tua. tiada daya untuk aku tempuhi semua ni. tiada tempat utk aku luahkan smua yg terpendam. antara kami tiada apa2 mslh cuma yg menghalang ialah restu, restu dari kelurganya.
skarang ni bg aku bcinta 3, 4 thn sdh tiada mknanya lg. 4hb/2/2011 rombongan merisik telah di buat, kain sepasang tlh di bawa ke rumah. Bagi ku bukan itu yang aku nilaikan tp yg aku harapkan rombongan itu membawa restu untuk kami melangkah ke level seterusnya. gembira teramat sgt bila mjlis selesai.2 3 bulan slps itu baru aku tahu rupanya kepulangan mereka membawa pulang restu yg aku harap2kan..hanya kain pasang yg kini tiada nilainya lg bgku yg ditinggalkan..apa mknanya mjlis itu bg ku...
setelah aku tahu yg aku bukan pilihan hati keluarganya,,aku rs cukup2 sedih..diluah mati mak, ditelan mati anak..hanya itu yg aku rasakan.seakan ada batu besar yg memdihkan tekak ku..hendak ku tangis tiada lg air mata..
bingung memikirkan mslh ini,di saat kawan2ku bersenyum gembira di atas pelamin sambil ditemani si teruna aku di sini masih tercari-cari arah yang perlu aku tuju..berundur bermakna aku berpatah balik kpd 4 thn yg lalu..memulakannya semula??? sggh aku penat...
kerana aku tidak bersekolah agama..krana aku tidak belajar utk jd ustzah,bukan graduate dr mesir, bukan anak golongan ustaz ustazah,imam2 msjd dan surau,pemimpin2 PAS...aku tiada diterima,,aku dilabelkan sbg tidak beragama..tidak beriman..aku berfikir sejenak, adakah wajar aku diperlakukan sebegini..kenapa org2 seperti aku tidak diberi peluang..hina sgtkah aku pd pandangan mereka.
Hmmm sampai bila harus aku tempuh smua ini..sampai bila harus aku tunggu dan sbr..YA ALLAH..kalo btul dia jodohku yg terbaik ENGKAU permudahkanlah segalanya YA ALLAH..jika bukan..engkau keluarkanlah aku dri mslh yg aku hadapi ini..aku tidak cukup kuat utk mngharungi semua ini.

this is my first entry..just trying (^_^)

ats sbb dorongan dr 2 org shbt..ruhma & nadia..aku mengaktifkan jari jemari utk mencreate blog yg x seberapa ini..public diary..katanya ruhma.Dh lama simpan niat tp bru hr ni terlaksana.dh alang2 buat ni hjt hati nk truskanlah selamanya, bukan hangat2 taik ayam.mampu x mampu..kita cuba dulu..hehe.Dgn adanya benda alah ni, boleh la aku luahkan segala yang terpendam...