di kala org len gembira meraikan hr penyatuan antara si dara dan si teruna..aku hanya mmpu menahan sebak di dada memikirkan cinta yg terhalang oleh org tua. tiada daya untuk aku tempuhi semua ni. tiada tempat utk aku luahkan smua yg terpendam. antara kami tiada apa2 mslh cuma yg menghalang ialah restu, restu dari kelurganya.
skarang ni bg aku bcinta 3, 4 thn sdh tiada mknanya lg. 4hb/2/2011 rombongan merisik telah di buat, kain sepasang tlh di bawa ke rumah. Bagi ku bukan itu yang aku nilaikan tp yg aku harapkan rombongan itu membawa restu untuk kami melangkah ke level seterusnya. gembira teramat sgt bila mjlis selesai.2 3 bulan slps itu baru aku tahu rupanya kepulangan mereka membawa pulang restu yg aku harap2kan..hanya kain pasang yg kini tiada nilainya lg bgku yg ditinggalkan..apa mknanya mjlis itu bg ku...
setelah aku tahu yg aku bukan pilihan hati keluarganya,,aku rs cukup2 sedih..diluah mati mak, ditelan mati anak..hanya itu yg aku rasakan.seakan ada batu besar yg memdihkan tekak ku..hendak ku tangis tiada lg air mata..
bingung memikirkan mslh ini,di saat kawan2ku bersenyum gembira di atas pelamin sambil ditemani si teruna aku di sini masih tercari-cari arah yang perlu aku tuju..berundur bermakna aku berpatah balik kpd 4 thn yg lalu..memulakannya semula??? sggh aku penat...
kerana aku tidak bersekolah agama..krana aku tidak belajar utk jd ustzah,bukan graduate dr mesir, bukan anak golongan ustaz ustazah,imam2 msjd dan surau,pemimpin2 PAS...aku tiada diterima,,aku dilabelkan sbg tidak beragama..tidak beriman..aku berfikir sejenak, adakah wajar aku diperlakukan sebegini..kenapa org2 seperti aku tidak diberi peluang..hina sgtkah aku pd pandangan mereka.
Hmmm sampai bila harus aku tempuh smua ini..sampai bila harus aku tunggu dan sbr..YA ALLAH..kalo btul dia jodohku yg terbaik ENGKAU permudahkanlah segalanya YA ALLAH..jika bukan..engkau keluarkanlah aku dri mslh yg aku hadapi ini..aku tidak cukup kuat utk mngharungi semua ini.
mek..sabarlah..Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar..insyaAllah, who knows there's a better person for u?
ReplyDelete:-)thanks ma..harap2 ada la
ReplyDelete