background

Thursday, 20 October 2011

Tutup buku lama, buka buku baru



Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang...


Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja. Jadikan hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai sekarang. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang  walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.

Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.


Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang...

No comments:

Post a Comment